BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
Piagam Pelanggan
-
Mengadakan kemudahan insfrastruktur yang terbaik dan seberapa segera mengikut peruntukan yang diluluskan.
-
Berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
-
Menyediakan baucer bayaran projek dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kadar / pesanan kerajaan yang lengkap diterima.
-
Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh satu hari (1) dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.
Fungsi Bahagian Pembangunan Daerah.
1. Unit Pembangunan Fizikal.
-
Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah dan menyelia serta memantau laporan prestasi pelaksanaan projek - projek pembangunan dengan agensi kerajaan;
-
Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek - projek kecil.
-
Mengurus, menyedia dan memperakui spesifikasi kerja dan pelan - pelan kejuruteraan awam.
-
Menguruskan segala tuntutan pembayaran projek - projek yang telah siap dilaksanakan dengan sempurna;
-
Menggerakkan mekanisme penyertaan orang ramai, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan serta memantau program / aktiviti berkaitan.
-
Menyelaraskan dan memantau perlaksanaan bagi projek negeri dan persekutuan.
2. Unit Pembangunan Masyarakat.
-
Menguruskan perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli JKKK.
-
Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan program / projek pembasmian kemiskinan tegar.
-
Menyelaras senarai nama dalam sistem e-Kasih untuk pembasmian kemiskinan.